Kedai Buku
Risalah Mukjizat Al-Quran PDF Cetak Emel

Active Image  Risalah Mukjizat Al-Quran

        Pengarang:Badiuzzaman Said Nursi.

        130 Mukasurat

        ISBN: 983-2130-15-8.

        Harga RM 7.00

 

 

 

 
Persoalan Tauhid dan Tasbih PDF Cetak Emel

Active Image   Persoalan Tauhid dan Tasbih

 

         Pengarang : Badiuzzaman Said Nursi.

         90 Mukasurat

         ISBN: 983-2130-17-4.

         Harga RM 4.50

 

 

 

Sinopsis

Bicara tentang buku ini merupakan satu bicara ilmu yang seharusnya ditatangi oleh segenap lapisan masyarakat justeru, situasi buku ini menyentuh sanubari umat islam seluruh dunia dan kupasan yang dicernakan cukup relevan dengan fenomena semasa.  Persoalan yang dikupas dalam buku ini telah menyentuh aspek ketauhidan kepada Allah dan keperluan kepada tuntutan mengingati-Nya.

 

 

 

 
Jasa Imam Syafie Dalam Islam PDF Cetak Emel

Active Image   Jasa Imam Syafie Dalam Islam.

 

         Pengarang : Muhammad Uthman El-Muhammady

         14 Mukasurat

         ISBN : 983-9111-75-2

         Harga : RM 4.00

 

    

 

 

 

     Sinopsis

Tujuan buku kecil ini ialah untuk memberi penerangan yang ringkas berkenaan dengan kedudukan dan jasa Imam Syafie radiya’Llahu ‘anhu dalam Islam, terutama kedudukannya sebagai Imam dan mujtahid mutlak dalam usul al-fikh dan fikah serta contoh kehidupan rohaniah yang unggul dalam umat ini. Dengan itu maka tetap dan teguhlah kedudukan beliau itu sebagai salah seorang daripada imam mujtahid dalam Ahlis-Sunnah wal-Jamaah dalam umat ini, yang menjadi rujukan dan tempat pegangan dalam amalan dan pegangan agama selain daripada rujukan kepada Quran, Sunnah dan Ijmak menepati kehendak ayat Quran yang bermaksud:

 

“Maka hendaklah kamu bertanya kepada ahli ilmu jika kamu tidak mengetahui”

 

(Al-Quran Surah an-Nahl ayat 43).

 

Ini penting dan paling bermakna dalam konteks penonjolan tokoh ulama yang paling unggul dan juga peneguhan kedudukan system ilmu Ahlis Sunnah yang kadang-kadang menjadi tercabar dalam suasana pemikiran semasa oleh kerana kesilapan faham setengah kalangan yang terpengaruh dengan seruan dangkal mereka yang terikut-ikut dengan aliran tidak mahu berpegang kepada ulama mujtahid kerana menyangka mereka sendiri mujtahid dan yang terpengaruh dengan sangkaan adanya kesahihan pegangan dan amalan selain daripada apa yang ada dalam Ahlis Sunnah wal-Jamaah.

 

 
<< Mula < Kembali 21 Berikut > Akhir >>

Keputusan 121 - 123 daripada 123