|
UNIT KHIDMAT MASYARAKAT LATAR BELAKANG : Unit ini diwujudkan bagi merealisasikan hasrat dan objektif penubuhan Yayasan Islam Terengganu dalam usaha menyebarkan dan membangunkan Agama Islam di seluruh Negeri Terengganu selaras dengan Enakmen 1/74 MISI : Bahagian Khidmat Masyarakat berazam untuk menyebar dan mengembangkan ajaran Islam di seluruh negeri dengan cara yang bersistemetik dan berkesan agar dapat diamalkan dalam masyarakat melalui program yang dijalankan. OBJEKTIF : - Membasmi jahil Al-Quran dan Agama di kalangan warga masyarkat Islam di Negeri Terengganu.
- Menggerakkan masyarakat Islam bagi memartabatkan diri selaku hamba Allah yang sebenarnya.
- Membangkitkan kesedaran dan kesungguhan umat Islam dalam melaksanakan amalan kebajikan dan amalan-amalan sunat.
- Memberi peringatan kepada masyarakat Islam tentang peristiwa penting dalam Islam untuk diambil iktibar dan dihayati sepenuhnya.
- Menjadikan misi Amal Ma'ruf dan Nahi Mungkar sebagai suatu budaya hidup yang tidak dapat dipisahkan dari umat Islam.
- Membimbing dan membantu saudara baru (muallaf) dan masyarakat Orang Asli agar dapat mempertingkatkan pengetahuan dan amalan ajaran Al-Quran/Agama.
AKTIVITI : - Penubuhan Kelas-Kelas Agama dan Al-Quran.
- Menganjurkan Kursus-kursus Dakwah dan Penghayatan Islam.
- Menganjurkan Majlis-majlis Usrah dan Qiamullail.
- Menganjur dan mengadakan ceramah-ceramah agama dan ceramah-ceramah berkala.
- Memenuhi jemputan-jemputan ceramah dan ceramah bersiri daripada agensi-agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan-pertubuhan/persatuan-persatuan swasta.
- Mengadakan program-program pengajaran, kaunseling, motivasi dan tazkirah kepada saudara-saudara baru dan masyarakat orang asli.
[TOP] UNIT PENDIDIKAN LATAR BELAKANG: Unit ini dibahagi kepada dua iaitu Bahagian Pusat Pendidikan Lanjutan dan Bahagian Tadika. Unit ini bertujuan melahirkan pelajar-pelajar yang berilmu, beriman dan bertaqwa selaras dengan objektif Yayasan Islam Terengganu melalui pengurusan dan pendidikan Pusat Pendidikan Lanjutan dan Tadika Yayasan Islam Terengganu. MISI : Unit Pendidikan beriltizam bagi melahirkan pelajar-pelajar yang berilmu, beriman dan bertaqwa. OBJEKTIF: - Untuk membimbing para pelajar yang terkandas (tercicir) dalam peperiksaan SPM dan STPM supaya mereka berpeluang mengulangi semula peperiksaan tersebut.
- Melahirkan pelajar-pelajar beriman dan bertaqwa melalui penghayatan iaitu pelajar-pelajar diasuh menghayati ilmu-ilmu yang dituntut seperti membaca doa, memberi salam, pergaulan dan baik bagi Tadika.
PUSAT PENDIDIKAN : - Pusat Pendidikan adalah untuk pelajar-pelajar Tingkatan 5 , Tingkatan 6 Rendah dan Tingkatan 6 Atas. Kelas-kelas ini dibuka untuk memberi peluang kepada para pelajar lepasan SPM dan STPM membaiki sijil mereka dengan cara menduduki semula Peperiksaan SPM dan STPM.
- Terdapat sebanyak 3 buah Pusat Pendidikan yang terdapat di daerah iaitu Pusat Pendidikan Bukit Payong, Pusat Pendidikan Kuala Berang dan Pusat Pendidikan Besut.
AKTIVITI : - Kursus Peningkatan Profesionalisme bagi Guru-guru Pusat Pendidikan Yayasan Islam Terengganu telahpun diadakan pada 23 Ogos 2005 hingga 25 Ogos 2005 bertempat di Permai Inn, Kuala Terengganu.
- Peperiksaan Percubaan bagi SPM dan STPM juga telah diadakan pada bulan Ogos 2005.
- Peruncingan dan bengkel bagi semua matapelajaran dijangka akan diadakan pada bulan Oktober 2005.
- Majlis Penyampaian hadiah kepada pelajar yang cemerlang Peperiksaan Percubaan SPm dan STPM dan juga Solat Hajat dijangka akan diadakan pada bulan Oktober 2005.
- Peperiksaan SPM dan STPM bermula pada bulan November hingga Disember 2005.
[TOP] KAFA LATARBELAKANG : Unit ini dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program KAFA yang dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kepada pelajar-pelajar berumur 6 hingga 12 tahun. OBJEKTIF: - Mewujudkan suatu sistem Kelas Pengajian Al-Quran dan Fardhu Ain yang kemas, seragam dan bersepadu di seluruh negeri.
- Untuk memastikan semua kanak-kanak di negeri ini yang berumur antara 6 hingga 12 tahun dapat membaca Al-Quran dengan baik/betul dan dapat mempelajari serta mengamalkan perkara-perkara asas yang menjadi fardhu kepada seseorang Islam.
- Untuk memperkukuhkan asas pendidikan agama Islam di sekolah-sekolah kebangsaan bagi memastikan murid-murid di sekolah tersebut mencapai tahap yang tinggi dalam pendidikan dan pengetahuan agama Islam, khususnya kemahiran dalam pembacaan Al-Quran dan beramal dengan perkara-perkara yang fardhu.
AKTIVITI: - Kelas KAFA di sekolah-sekolah kebangsaan di waktu petang yang diringkaskan dengan sebutan Kelas Agama Petang (KAP).
- Kelas KAFA di masjid-masjid, surau dan bangunan-bangunan khas yang diringkas dengan sebutan Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KQF).
- Kelas KAFA di sekolah Agama Rakyat di penempatan Felda dan Felcra yang diringkas dengan sebutan Sekolah Agama Rakyat (SAR).
- Pembayaran Imbuhan Guru-Guru KAFA bagi tahun 2004 untuk setiap daerah telah dilaksanakan pada 10 Ogos 2005 hingga 18 Ogos 2005.
- Kursus Pedagogi Pendidikan Islam untuk Guru-Guru KAFA bertempat di Maktab 5) Perguruan Batu Rakit, Kuala Terengganu telah diadakan pada 20 Ogos 2005 hingga 25 Ogos 2005. Seramai 200 orang peserta yang terdiri daripada guru-guru KAFA di seluruh Negeri Terengganu.
- Kursus Pintar Al-Quran (IQRA') kepada Guru-guru KAFA Tadika Yayasan Islam Terengganu juga telah diadakan.
- Taklimat bagi Peperiksaan UPKK bagi setiap daerah telah pun bermula Mulai September dan Oktober 2005.
- Kursus bagi Penyelia-Penyelia KAFA mengikut daerah dijangka akan diadakan pada penghujung tahun 2005.
- Kursus Sehari kepada Guru KAFA turut akan diadakan mengikut daerah dan dijangka seramai 1,200 orang guru akan terlibat.
TADIKA Terdapat sebanyak 14 buah Tadika Yayasan Islam Terengganu di seluruh daerah Negeri Terengganu. AKTIVITI: A. PROGRAM TADIKA CEMERLANG - Melahirkan generasi (kanak-kanak) yang fasih Berbahasa Inggeris untuk berkomunikasi pada masa hadapan.
- Mempertingkatkan mutu pencapaian kanak-kanak Pra Sekolah dalam pembelajaran Bahasa Inggeris dan Awal Matematik dengan menggunakan pendekatan Multimedia.
- Memupuk minat terhadap Bahasa Inggeris dan Awal Matematik di kalangan kanak-kanak Pra Sekolah.
- Memperlengkapkan kanak-kanak dengan penguasaan Bahasa Inggeris dan Awal Matematik secara berkesan sebagai persediaan menghadapi alam persekolahan formal.
- Melahirakan generasi cemerlang, gemilang dan terbilang mengharungi masa hadapan secara global.
B. PROGRAM PINTAR AL-QURAN - Pendedahan kaedah terkini pembelajaran Al-Quran menggunakan Multimedia.
- Kanak-kanak akan khatam 30 Juzu' Al-Quran setelah tamat belajar di Tadika Yayasan Islam Terengganu selama 2 tahun.
- Melahirkan generasi celik Al-Quran.
- Menyahut seruan Kerajaan untuk melahirkan generasi Ulul Albab.
- Menyemaikan budaya minat membaca Al-Quran di kalangan kanak-kanak.
[TOP] UNIT DAKWAH LATAR BELAKANG: Unit Dakwah ini ditubuhkan bagi melaksanakan misi dan objektif penubuhan Yayasan Islam Terengganu dalam usaha mengembangkan dan memartabatkan Agama Islam di seluruh Negeri Terengganu. MISI : Mengembangkan syiar Islam dan meningkatkan kefahaman serta pendedahan terhadap pengetahuan ajaran Islam yang tepat melalui pelaksanaan program dakwah yang berkesan dan konsisten ke arah melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia, progresif dan berdaya saing. OBJEKTIF : Menggerakkan masyarakat Islam bagi memartabatkan diri selaku hamba Allah yang sebenarnya. Membangkitkan kesedaran dan kesungguhan umat Islam dalam melaksanakan amalan kebajikan dan amalan-amalan sunat. Memberi peringatan kepada masyarakat Islam tentang peristiwa penting dalam Islam untuk diambil iktibar dan dihayati sepenuhnya. Menjadikan misi Amal Ma'ruf dan Nahi Mungkar sebagai suatu budaya hidup yang tidak dapat dipisahkan dari umat Islam. Membimbing dan membantu saudara baru (muallaf) dan masyarakat orang asli agar dapat mempertingkatkan pengetahuan dan amalan ajaran Al-Quran / Agama. AKTIVITI: - Menganjurkan kursus-kursus Dakwah & penghayatan Islam.
- Menganjurkan dan mengadakan ceramah-ceramah agama dan ceramah -ceramah berkala.
- Menganjurkan majlis-majlis Usrah dan Qaimullail.
- Memenuhi jemputan-jemputan ceramah & ceramah bersiri daripada agensi-agensi Kerajaan, swasta dan pertubuhan / persatuan -persatuan swasta.
- Mengadakan program-program pengajaran, kaunseling, motivasi dan tazkirah kepada saudara-saudara baru dan masyarakat orang asli.
- Menerbitkan Al-Risalah pada setiap minggu.
|