Unit Pembangunan dan Pelaburan PDF Cetak Emel

LATARBELAKANG:

Unit ini ditubuhkan untuk memajukan tanah-tanah milik Yayasan Islam Terengganu supaya memberi sumbangan kewangan yang berterusan, menjaga, mengurus dan menyelaras semua harta Yayasan Islam Terengganu dengan sempurna serta berusaha menjalankan pelaburan dalam pelbagai bidang bagi mendapat keuntungan yang maksimum bagi membolehkan Yayasan Islam Terengganu berdikari dari segi kewangan.

 

MISI:

Mencari dan mengkaji kaedah pelaksanaan proses pemilihan peluang-peluang pelaburan yang berpotensi dan efektif yang akan dibuat oleh Yayasan Islam Terengganu supaya memberi pulangan yang optimum disamping mengurus dan memajukan tanah-tanah untuk mempertingkatkan kedudukan kewangan dan prestasi aktiviti Yayasan Islam Terengganu.

 

OBJEKTIF:

    Memastikan Yayasan Islam Terengganu mengurangkan pergantungan kepada Kerajaan Negeri ke arah berdikari.

 

AKTIVITI:

  1. Mendapat dan mengurus harta Yayasan Islam Terengganu.
  2. Mengada dan mengurus kemudahan fizikal Yayasan Islam Terengganu.
  3. Mendapat dan mengurus hal pelaburan kekal/saham Yayasan Islam Terengganu.
  4. Mendapatkan sumber kewangan yang halal.