Hebahan/Pengumuman
: Maaf...tiada pengumuman buat masa ini. Terima Kasih
KUNJUNGAN HORMAT TAJDID CORPORATION SDN. BHD.

23 Oktober 2025 - Yayasan Islam Terengganu telah menerima Kunjungan Hormat daripada TAJDID Corporation Sdn. Bhd.. Kunjungan ini diketuai oleh Encik Abdul Hadi bin Ismail, Manager Business Development, bersama-sama Encik Mohammad Faiz Hafizi bin Mohmad, Executive Training Academy, dan Encik Mohd Airil Solehan bin Johari, Executive Project Coordinator.

Tujuan utama lawatan ini adalah untuk memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak serta membincangkan peluang kolaborasi dalam bidang pembangunan latihan, penyelidikan dan pelaksanaan projek yang berimpak tinggi.