Hebahan/Pengumuman
: Maaf...tiada pengumuman buat masa ini. Terima Kasih
MAJLIS IHTIFAL KELAS AL-QURAN DAN FARDHU AIN ( KAFA ) PERINGKAT NEGERI TERENGGANU TAHUN 2024M / 1446H
MAJLIS IHTIFAL KELAS AL-QURAN DAN FARDHU AIN ( KAFA ) PERINGKAT NEGERI TERENGGANU TAHUN 2024M / 1446H telah berlangsung dengan jayanya pada 3 Ogos 2024M bersamaan 28 Muharram 1446H bertempat di Menara Yayasan Islam Terengganu. Seramai 60 orang murid menyertai pertandingan dalam Ihtifal kali ini. Acara yang dipertandingkan adalah :
1. Tilawah Al-Quran
2. Hafazan Al-Quran
3. Bercerita kisah Al-Quran
4. Tulisan Khat
5. Tulisan Jawi
Majlis ini dirasmikan oleh Tuan Haji Zahanapi bin Sagaf, Pengarah Yayasan Islam Terengganu. Turut menghadiri majlis adalah Dr. Haji Ahmad Fadluldin bin Mohamad, Timbalan Pengarah (Pembangunan Insan) dan Haji Habibie bin Hamzah, Ketua Penolong Pengarah KAFA.
Johan setiap acara yang dipertandingkan peringkat negeri akan mewakali Negeri Terengganu untuk menyertai Pertandingan Ihtifal KELAS AL-QURAN DAN FARDHU AIN ( KAFA ) peringkat Kebangsaan yang bakal berlangsung pada 27-29 September 2024 di Pulau Pinang.
Tahniah & syabas bagi yang berjaya. Pihak Pengurusan Yayasan Islam Terengganu mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.
Semoga Negeri Terengganu akan menjadi johan di peringkat kebangsaan yang akan diadakan tidak lama lagi. Insya Allah .