MAJLIS KONVOKESYEN TADIKA YAYASAN ISLAM TERENGGANU CAWANGAN PERMIN JAYA
------------------------------------------------------------------------
29 JANUARI 2024 (ISNIN), 9.00 PAGI
DEWAN UTAMA, TINGKAT 4, MENARA YAYASAN ISLAM TERENGGANU
Majlis berkenaan telah dirasmikan oleh YBrs Tuan Haji Zahanapi Bin Sagaf, Pengarah Yayasan Islam Terengganu. Turut hadir Pegawai Yayasan Islam Terengganu Daerah Kuala Terengganu, Ustaz Ahmad Solahuddin Al-Ayyubi Bin Ahamad, Penolong Pengarah Kanan Unit Pentadbiran Am, Puan Rumaizah Binti Ibrahim serta Penolong Pengarah Unit Pra Sekolah, Puan Noor Zafirah Bt Che Mat.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada 89 orang anak-anak yang diraikan.
Jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa yang berkesempatan untuk hadir ke majlis tersebut dan syabas diucapkan kepada Guru Besar TYIT Caw. Permin Jaya, Puan Nor Sukina Binti Haji Mat Teh serta guru-guru di atas komitmen yang diberikan.





