Hebahan/Pengumuman
: Maaf...tiada pengumuman buat masa ini. Terima Kasih
Majlis Perjumpaan Bersama Pengarah 2024 kali-1
Majlis Perjumpaan Bersama Pengarah Yayasan Islam Terengganu
Bil 1/2024
Tarikh : 18 Januari 2024 (Khamis),
Masa : 8.30 pagi
Tempat: Dewan Utama Tingkat 4, Menara Yayasan Islam Terengganu
Majlis telah dimulakan dengan tazkirah pagi yang disampaikan oleh Ustaz Haji Habibiee bin Hamzah, Ketua Penolong Pengarah KAFA. Antara intipati perkongsian beliau adalah berkaitan dengan menghargai masa dan penjagaan kesihatan tubuh badan.
Dalam ucapan YBrs Tuan Haji Zahanapi bin Sagaf, Pengarah Yayasan Islam Terengganu telah menzahirkan ucapan tahniah diatas kejayaan yang telah dicapai pada tahun 2023, dan berharap lebih banyak kejayaan dapat dicapai pada tahun 2024.
Beliau turut menyampaikan beberapa amanat diantaranya perlu bersikap peka dengan setiap program yg dianjurkan di peringkat jabatan mahupun kerajaan negeri, mengelakkan sikap bertangguh kerja, perancangan awal yang lebih teliti untuk pelaksanaan program-program akan datang.
Diharap semua warga kerja Yayasan Islam Terengganu dapat melaksanakan hasrat Tuan Pengarah supaya gerak kerja lebih cekap dan efisyen.

 

420171576 248762064918378 817434669993520174 n min420136139 248762104918374 3607205132041247027 n min420604871 248762258251692 712392276680241637 n min