𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐀𝐆𝐔𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐋𝐈 𝐊𝐄-𝟐𝟓 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐁 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔
Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-25 Kelab Yayasan Islam Terengganu telah berlangsung dengan jayanya pada 𝟕 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐒𝐚𝐛𝐭𝐮) bertempat di Dewan Al-Fateh, Tingkat 4, Menara Yayasan Islam Terengganu, jam 11.00 pagi. Mesyuarat yang menghimpunkan ahli-ahli kelab ini telah dirasmikan oleh 𝐃𝐫. 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐀𝐡𝐦𝐚𝐝 𝐅𝐚𝐝𝐥𝐮𝐥𝐝𝐢𝐧 𝐛𝐢𝐧 𝐌𝐨𝐡𝐚𝐦𝐚𝐝, 𝐍𝐚𝐢𝐛 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐃𝐢𝐩𝐞𝐫𝐭𝐮𝐚 𝐊𝐞𝐥𝐚𝐛 𝐘𝐚𝐲𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦 𝐓𝐞𝐫𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐮. Penganjuran mesyuarat ini bertujuan membentangkan laporan tahunan serta membincangkan perancangan dan hala tuju kelab bagi memperkukuh aktiviti dan kebajikan ahli pada masa akan datang.

