Hebahan/Pengumuman
: Maaf...tiada pengumuman buat masa ini. Terima Kasih
PROGRAM PEMBAHAGIAN BUBUR LAMBUK YAYASAN ISLAM TERENGGANU
Yayasan Islam Terengganu (YIT) dengan kerjasama KOPYIT Bhd. telah menganjurkan Program Pembahagian Bubur Lambuk pada 2 Mac 2026 (Isnin) jam 3.00 petang di perkarangan hadapan Menara Yayasan Islam Terengganu.
 
Program ini diadakan sebagai salah satu inisiatif menyantuni masyarakat setempat serta menyemarakkan penghayatan sedekah dalam bulan ramadan.
 
Turut hadir memeriahkan program ialah 𝐃𝐚𝐭𝐨’ 𝐇𝐚𝐝𝐢 𝐛𝐢𝐧 𝐇𝐚𝐬𝐬𝐚𝐧, Pengarah Yayasan Islam Terengganu; 𝐃𝐫. 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐀𝐡𝐦𝐚𝐝 𝐅𝐚𝐝𝐥𝐮𝐥𝐝𝐢𝐧 𝐛𝐢𝐧 𝐌𝐨𝐡𝐚𝐦𝐚𝐝, Timbalan Pengarah Pembangunan Insan; 𝐄𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐅𝐚𝐮𝐳𝐢 𝐛𝐢𝐧 𝐌𝐮𝐝𝐚, Timbalan Pengarah Khidmat Pengurusan; 𝐄𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐖𝐚𝐧 𝐀𝐢𝐝𝐢 𝐑𝐚𝐡𝐦𝐚𝐭 𝐛𝐢𝐧 𝐖𝐚𝐧 𝐀𝐛𝐝. 𝐑𝐚𝐡𝐦𝐚𝐧, Ketua Penolong Pengarah Kanan Pendidikan; serta 𝐄𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐚𝐝 𝐒𝐚𝐟𝐰𝐚𝐧 𝐛𝐢𝐧 𝐀𝐡𝐦𝐚𝐝, Ketua Penolong Pengarah Khidmat Pengurusan bersama pegawai-pegawai dan warga kerja Yayasan Islam Terengganu.
 
Semoga program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai tanda keprihatinan dan komitmen dalam menyantuni masyarakat, di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara agensi dan komuniti.