- Category: Arkib
- Written by Super User
- Hits: 3364
Arkib Suara Anda
Senarai cadangan yang dipaparkan ini adalah cadangan orang awam yang telah dikemukan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan Yayasan Islam Terengganu. Setiap tindakan telah diambil tindakan akan dipaparkan diruangan ini. Terima kasih di atas sokongan anda.
No. | Pengguna | Pendapat/Cadangan/Pertanyaan | Tindakan/Maklum Balas |
1. | Benuadunia | Longkang Amat Kotor dan tersumbat,banyak pembiakan nyamuk, tolong ambik tindakan |
Merujuk kepada Pengaduan Awam bertarikh 11 Januari 2016, mengenai persekitaran Tadika Yayasan Islam Terengganu Cawangan Kuala Terengganu yang kottor dan boleh menyebabkan tempat pembiakan nyamuk aedes. Untuk makluman, sebelum aduan di terima, pihak Pengurusan Yayasan Islam Terengganu melalui Unit Prasekolah Yayasan Islam Terengganu telah merancang dan meluluskan Program gotong royong yang telah diadakan pada 16 Januari 2016 ( hari Sabtu ) yang melibatkan semua Pembantu Rendah Awam Tadika di Daerah Kuala Terengganu dan Daerah Kuala Nerus, juga melibatkan penggunaan sebuah mesin case. Hasil dari gotong royong tersebut kawasan Tadika YIT Cawangan Kuala Terengganu telah bersih dan semua longkang-longkang telah mengalir dengan baik. Program gotong royongini juga akan diadakan di seluruh Tadika Yayasan Islam Terengganu di Negeri Terengganu, yang akan elibatkan kerjasama beberapa jabatan lain seperti Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Majlis Daerah, Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Bomba mulai pertengahan bulan Januari 2016. Sekian, terima kasih. |
2. |
Nordin bin Mohd Noor |
Mohon maklumat kemasukan ke Pusat Pengajian Al Quran yang bertempat di Jalan Hiliran (sebelah Masjid Hiliran) |
Assalamualaikum, Tuan yang dihormati, semoga berada di dalam rahmat Allah s.w.t. Berikut adalah maklumat berkenaan Pusat Pengajian Al-Quran & Fardhu Ain ( PAFA ) Hiliran yang terletak dibawah kelolaan Yayasan Islam Terengganu. PAFA mempunyai 10 buah kelas yang merangkumi dua sesi pembelajaran iaitu 1)Sabtu, Ahad & Isnin ( 5 kelas) 2)Selasa, Rabu & Khamis ( 5 kelas ) Jumlah pelajar yang ada sekarang 140 lelaki dan 130 perempuan. Manakala guru pula seramai 10 orang. Yuran dan pendaftaran sebagaimana berikut : 1)Yuran : RM 15.00 (sebulan ) 2)Pendaftaran : RM 25.00 ( sekali sahaja )
Bagi pendaftaran Tahun 1 ,kebiasaannya dibuka pada bulan Oktober, Walaubagaimanapun pada tahun 2018, pendaftaran Tahun 1 akan dibuka pada bulan Julai. Untuk pelajar selain Tahun 1, bergantunga kepada kekosongan yang ada kerana kebiasaannya pelajar yang mendaftar tahun 1 akan terus menyambung belajar disitu.
Pendaftarab boleh dibuat dengan mengisi borang di PAFA Hiliran .
Sebarang pertanyaan, boleh berhubung terus dengan PAFA Hiliran di talian 09-6221797. Sekian, terima kasih |